Tuesday, March 6, 2012

Kosong

Mungkin apa yang aku katakan ini mungkin akan menyebabkan sesetengah pihak terasa tapi bukan aku ingin menyalahkan saiap-siapa cuma apa yang aku ingin sampaikan adalah kisah yang sering kali berulang dalam hidup aku...mungkin ini bukan kali pertama tapi rasa yang aku hadapi sekarang sama macam apa yang aku rasa 4 tahun lepas...rasa macam dikhianati,di tikam dari belakang dan rasa di tipu..bukan aku pinta untuk semua ini tapi mungkin sudah tertulis segalanya buat aku sejak azali atau mungkin aku yang kurang berhati-hati dalam memilih kawan..aku tak kisah sangat apa yang aku rasa tapi aku kesian dengan apa yang perempuan yang kau mainkan perasaan dia tu rasa..andai bisa aku tukar tempat kau dan dia,aku ingin sangat kau rasa sakit dan lukanya hati bila apa yang diberi selama ini dibalas dengan kecurangan bodoh yang telah kau cipta sejak sekian lama dulu..kalau benar kau benci,jangan sekali-kali kau lepaskan pada manusia lain...andai benar kau menyayangi dia,kenapa perlu kau tinggalkan dia demi aku atau perempuan lain?aku dah cukup tawar hati dengan apa yang berlaku..mungkin ini adalah petunjuk bagi aku untuk menyedari sikap buaya kau.Maafkan aku "madu" kerana elah menyebabkan kau dan dia menjadi semakin jauh..bukan niat untuk merampas tapi aku juga menjadi mangsa dalam masalah ini...cukuplah wahai buaya,jangan pernah muncul lagi dalam hidup aku..tak mungkin juga aku buka hati ini buat yang lain..biarlah aku mencari haluan masa depan aku dulu..tak akan ada istilah cinta lagi selepas ini..akan aku kunci sampai ada manusia yang boleh membukanya semula...perjalanan hidup aku masih panjang..kali ini tiada air mata yang dapat aku titskan lagi kerana ia telah kering 4 tahun dulu...hanya kesabaran yang menjadi tongkat untuk aku bangkit dan melangkah ke hadapan..