Tuesday, October 1, 2013

BAHAGIAMU DERITAKU



Rasanya terlalu lama aku tak meng’update’ blog aku ni….bukan kerana kekeringan idea or tak ada benda nak dicerita tapi kerana ujian yang dating bertimpa-timpa membuatkan aku lupa adanya blog ini buat aku berkongsi apa yang berlaku dalam hidup aku..mungkin ini ujian kecil yang Allah turunkan buat kami sekeluarga tapi kami perlukan kekuatan buat kami tabah menghadapi segala ujian ini terutama adik aku…31 MAY 2013 tarikh keramat yang telah mengubah hidup kami sekeluarga lagi-lagi adik aku,MUHD SAIFUL YAZID..walaupun aku juga mengalami sakit yang sama dengan adik aku tapi sakit aku tak sama dengan kesan yang adik aku akan tanggung seumur hidup die…aku dan adik aku kemalangan di pekan bukit pasir,Muar .Masa tu kitaorang nak pergi kedai beli lauk untuk ayah aku sebab die teringin sangat nak makan ayam kampung..mak aku suruh adik aku yang pergi tapi sebab risau aku offer diri pergi dengan adik aku..masa dah ade depan kedai tu,kiteorg mmg tengah nak lintas masuk kedai ayam tu,tiba-tiba aku dengan adik aku dilanggar dengan kuat dari belakang..masa jadi tu hati aku sempat berkata macam ni ke rasa sakit tu…tapi masa tu aku tak Nampak ape yang jadi dekat adik aku…bila aku bangun untuk tengok adik aku,aku rasa sakit sangat nak bangun aku Cuma boleh tengok adik aku meraung dari jauh tapi aku tak dapat nak tolong die..aku Cuma Nampak kaki die dah hancur sebelah..aku cuba kuatkan diri untuk bangun sebab aku rasa nak peluk adik aku masa tu tapi aku sendiri pun tak boleh nak berdiri…aku Cuma mampu menangis je masa tu dan tengok adik aku dari jauh…Ya Allah begitu besar ujianMu..aku dibawa ke hospital berasingan dengan adik aku sebab adik aku parah so kena tunggu ambulance baru boleh bawa dia pergi hospital.Aku pula orang kampung yang tolong hantar sebab aku memang tak boleh nak bangun langsung and mak aku kate aku pengsan sekejap…dalam otak aku asyik fikir keadaan adik aku je…aku lupa sakit aku tapi aku ingat sakit adik aku je…air mata je yang mampu menjawab tanda Tanya aku…mak aku orang yang paling tabah hadapi semua ni..die sorang je yang handle kami adik beradik dan die sorang je yang tanggung sedihnya bila doctor kata kaki adik aku akan di potong sebelah dengan keadaan aku pula yang retak tulang belakang lagi menambah pilunya hati seorang mak..tapi die masih lagi senyum bila dating tengok aku dan cakap “sikit je sakit awak ni”…Ya Allah,kuatnya hati mak aku…dengan ayah aku pun sakit..so that time memang die kena jaga tiga orang sekaligus…mak aku selalu pujuk aku sebab die tak nak aku rasa bersalah seumur hidup dengan apa yang jadi dekat adik aku..adik aku hilang sebelah kaki kanan dalam sekelip mata..Yang aku paling sakit hati orang yang langgar kitaorang langsung tak dating tengok atau dating minta maaf,lagi dia buat report palsu kat balai lagi ade…siap dia kate aku lintas tak tengok kereta..padahal double check kot before lintas…tak pelah…kita jumpa di akhirat..walaupun kes still under investigation tapi aku tetap sakit hati dengan ape yang die buat..terang2 die potong double line..maybe masa ambik lesen dia tak belajar semua tu..Allah itu tak buta…dunia kau boleh lari tapi akhirat tak mungkin…bukan aku tak redha dengan ape yang jadi tapi aku rasa dalam kes ni keadilan boleh dibeli dengan duit…asal kau ade duit dan pengaruh lepas la semua kesalahan yang kau buat even kau bunuh orang pun…WHAT GOES AROUND COMES AROUND…!



No comments:

Post a Comment